Tan Chong Motor Holdings Berhad - Annual Report 2014 - page 157

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) dikeluarkan kepada semua pemegang saham (termasuk pemegang-
pemegang saham utama) (“Pemegang Saham”) TAN CHONG MOTOR HOLDINGS BERHAD (“Syarikat”, “TCMH” atau
“kami”) menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) yang berkuatkuasa pada 15hb November 2013. Akta ini
mengawal selia pemprosesan data peribadi dan menghendaki kami untuk memaklumkan anda berkenaan perkara-perkara
yang berkaitan dengan data peribadi anda yang sedang diproses, atau yang akan dikumpul dan diproses oleh kami. Untuk
tujuan Notis ini, terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” yang digunakan dalam Notis ini hendaklah membawa
maksud sepertimana yang ditakrifkan dalam Akta tersebut.
Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Malaysia”) telah membuat pindaan kepada Keperluan Penyenaraian Pasaran
Utama (“Keperluan Penyenaraian”) pada 15hb November 2013 akibat daripada Akta ini. Seperti yang tertakluk di bawah
perenggan 2.14A Keperluan Penyenaraian, sesiapa yang memberi atau telah memberi data peribadi kepada Bursa
Malaysia, haruslah membaca dan menyedari tentang notis data peribadi Bursa Malaysia yang terdapat di laman web
Bursa Malaysia di
(“notis data peribadi Bursa Malaysia”). Sekiranya Syarikat membekalkan data
peribadi Pemegang Saham kepada Bursa Malaysia, Syarikat mesti memaklumkan Pemegang Saham tentang notis data
peribadi Bursa Malaysia.
Sebagai Pemegang Saham TCMH, data peribadi anda mungkin termasuk nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport,
alamat, tarikh lahir/umur, maklumat dan nombor perhubungan, alamat emel, jantina, kewarganegaraan, pegangan saham
dalam TCMH, nombor akaun bank, nombor akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) anda dan data peribadi lain yang
dikehendaki, yang mungkin diproses oleh TCMH dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya (“Kumpulan TCMH”)
untuk tujuan-tujuan berikut (“Tujuan”):
(a) Mematuhi Akta Syarikat 1965, Keperluan Penyenaraian dan undang-undang, peraturan-peraturan dan garis panduan
berkaitan yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa;
(b) Pengesahan maklumat kepada pihak berkuasa dan agensi kerajaan;
(c) Menyampaikan, menghubungi dan menghantar laporan tahunan TCMH, pekeliling kepada pemegang saham, dan
lain-lain maklumat kepada Pemegang Saham melalui cara komunikasi dan penyampaian yang kami anggap sesuai;
(d) Pembayaran dividen dan manfaat lain kepada anda sebagai pemegang saham, jika berkenaan;
(e) Mengekal, menyelia dan mengemaskinikan rekod kami yang berkaitan dengan maklumat-maklumat Pemegang
Saham; dan
(f)
Untuk berurusan dengan semua perkara yang berkaitan dengan pegangan saham anda dalam TCMH; atau bagi
tujuan-tujuan lain yang mungkin berkaitan dengan perkara-perkara yang dinyatakan di atas.
Data peribadi anda yang diproses oleh kami merangkumi segala maklumat yang diberi oleh anda serta maklumat lain yang
mungkin kami perolehi berkenaan anda.
Maklumat peribadi anda mungkin dizahirkan oleh kami untuk Tujuan di atas kepada pihak lain termasuk dan tidak terhad
kepada syarikat-syarikat dalam Kumpulan TCMH (sama ada pada masa kini atau masa depan), penasihat profesional,
syarikat-syarikat insurans, juruaudit, peguam, bank, pendaftar saham dan pembekal perkhidmatan lain, semua jabatan
dan/atau agensi kerajaan dan/atau kuasi-kerajaan, badan-badan penguatkuasa dan/atau berkanun dan sebarang pihak
ketiga, sebagaimana yang dikehendaki undang-undang atau timbul daripada apa-apa kewajipan undang-undang yang
dikenakan ke atas Kumpulan TCMH. Data peribadi anda mungkin akan dipindahkan ke suatu tempat di luar Malaysia.
Sekiranya anda gagal membekalkan data peribadi anda kepada kami, kami mungkin tidak dapat memproses data peribadi
anda bagi apa-apa Tujuan tersebut.
Kami akan memastikan semua data peribadi anda disimpan dengan selamat. Anda bertanggungjawab untuk memastikan
bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan dikemaskini.
Adalah dimaklumkan bahawa anda mempunyai hak untuk meminta akses dan membetulkan data peribadi anda atau
menghadkan pemprosesan data peribadi anda.
1...,147,148,149,150,151,152,153,154,155,156 158,159
Powered by FlippingBook